Media Sosial, lebih banyak baik atau buruk di kalangan remaja?
AMARAN BUAT ANAK MUDA!!!!
Di zaman era modenisasi ini,pengaruh media sosial amat berpengaruh pada anak muda.Berdasarkan laporan daripada portal akhbar berita harian,rakyat Malaysia rata-rata menggunakan media sosial selama hampir tiga jam sehari dari peringkat umur 16 sehingga 60 tahun dan Malaysia antara negara yang mempunyai rekod rakyat yang ramai dalam ketagihan media sosial,rata-rata anak muda dan belia pasti lebih dari 3 jam kerana hampir keseluruhan kehidupan harian bergantung pada telefon bimbit,Data ini tidaklah mengejutkan kerana kita dapat melihatnya sendiri.Persoalanya,adakah anak muda menggunakan platform kearah yang positif ataupun nagetif ?
Lalainya anak muda terhadap media sosial sepatutnya diberi penekanan dengan serius kerana media sosial masa kini dipenuhi dengan agenda pengaruh barat yang membuatkan anak muda masa kini kurang nya input nilai agama islam dalam kehidupan mereka,ini boleh dilihat apabila tren dan normalisasi terhadap maksiat amat membimbangkan dalam kalangan anak muda seperti zina,berpakaian dan berfesyen dengan berlebihan sehingga menayangkan aurat.Ini adalah salah satu dari pengaruh media sosial untuk menjauhkan remaja masa kini dari agama dgn normalisasi mendedahkan aurat dengan sedikit di beberapa bahagian yang dianggap terkini dan ditiru oleh yang lainya sehingga ramai yang menganggap itu biasa kerana sudah di pengaruhi budaya luar yang serupa dan kurangnya kesedaran anak muda dalam terapan agama dalam kehidupan keseharian mereka,
oleh itu kita sebagai remaja dan anak muda yang berilmu perlu menyedarkan rakan sebaya dengan menggunakan platform media sosial dengan baik sebagai medium saluran dakwah dan sumbangan kita pada agama contohnya kita berkongsi maklumat berkenaan tanggungjawab setiap insan untuk mencegah kemungkaran dan mengajak kepada kebaikan.selain itu,kita juga boleh menyampaikan beberapa ilmu pengetahuan asas agama kerana remaja lebih dekat dan mudah menerima apa-apa yang disampikan oleh rakan sebaya.semoga Allah membalas setiap petikan jari,deruan suara yang dilontarkan kepada mereka yang membantu agamanya aamiin.
Comments
Post a Comment