mencuri makin barah dalam kalangan remaja!

 

JANGAN MENCURI!!!!!!!!

 

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kes kecurian. Hari ini saya kan mengulaskan tentang hukum mencuri dan beberapa hadis hadis yang berkaitan dengan mencuri.

 

Mencuri adalah salah satu perkara yang tidak disukai oleh masyarakat dan juga salah di sisi undang-undang agama islam.mengikut hukum agama islam, mencuri ialah ialah salah satu dosa besar kerana mengambil sesuatu barangan yang bukan hak milik kita.

 

Sejak kebelakangan ini kes-kes kecurian meningkat di Negara kita. Hal ini berlaku kerana banyak faktor yang mempengaruhi seseorang untuk mencuri.Antaranya tidak mendapat peluang pekerjaaan ,faktor ekonomi Negara yang tidak stabil, Terdesak dan lain-lain lagi.

 

Peluang pekerjaan yang kurang juga boleh di jadikan faktor utama dalam kes ini kerana seseorang mungkin tiada pekerjaan yang tetap. Sebagai contoh, mereka dibuang kerja oleh kerana ekonomi Negara yang tidak stabil di sebabkan oleh politik Negara yang sedang bergolak di Negara kita.

 

Selain itu, hal ini dilakukan mungkin dalam keadaan yang terdesak.Hal ini kerana mungkin seseorang itu perlukan duit untuk membeli keperluan harian seperti beras,ayam,ikan dan lain-lain.Mereka juga tidak mahu membuat perkara tersebut tetapi keadaan yang memaksa mereka untuk mencuri.

 Seperti yang kita ketahui bahawa mencuri itu salah di sisi agama islam. Walaupun dalam keadaan yang terdesak sekalipun janganlah kita mengambil seseuatu barang yang bukan hak milik kita sesuka hati. Hal ini dapat menimbulkan imej buruk agama islam oleh kerana perbuatan itu.

 

Larangan mencuri dijelaskan dalam Alquran pada surat Al Baqarah ayat 188, yang berbunyi:

وَلَا تَأْكُلُوْٓا اَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوْا بِهَآ اِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوْا فَرِيْقًا مِّنْ اَمْوَالِ النَّاسِ بِالْاِثْمِ وَاَنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ ࣖ

Artinya: Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui.

 

 

Dari ayat di atas perbuatan mencuri digolongkan dalam dosa besar. Setiap perbuatan yang digolongkan sebagai dosa pasti akan mendapat hukuman atas segala perbuatannya. Hukuman bagi para pencuri dijelaskan dalam surat Al Maidah ayat 38

 

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوْٓا اَيْدِيَهُمَا جَزَاۤءًۢ بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِّنَ اللّٰهِ ۗوَاللّٰهُ عَزِيْزٌ حَكِيْمٌ

Artinya: Adapun orang laki-laki maupun perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.

 

Sungguh jelas sekali islam melarang umatnya dari mengambil barangan yang bukan hak milik kita sembarangan.bah kan dalam undang-undang Negara juga melarang rakyat mencuri dan Negara kita juga mempunyai akta tetang mencuri dan hukuman bagi mencuri.

 



 

 

 

Terdapat juga hadis yang berkaitan mencuri. Rasulullah SAW juga menjelaskan perbuatan mecuri dalam hadis iaitu:

 

Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat pencuri yang mencuri sebutir telur, lalu di lain waktu ia dipotong tangannya karena mencuri tali. (HR. Bukhari no. 6285)

 

Jelas sekali perbuatan mencuri ini dilaknat oelh Allah swt.

 

Pada dasarnya, mencuri adalah perbuatan mengambil harta orang lain dengan cara yang batil. Menurut hadits, harta dari seorang Muslim yang didapat secara tidak baik adalah haram. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas sesama kalian darah kalian untuk ditumpahkan dan harta kalian untuk dirampas dan kehormatan kalian untuk dirusak. (HR. Bukhari nomor 1742)

 

Sudah terang lagi bersuluh perbuatan mencuri perbuatan zalim dan dilaknat oleh Allah swt .Renung-renungkanlah wahai umat islam .Sesungguhnya perbuatan ini amatlah keji.Kita hendaklah memikirkan terlebih dahulu sebelum melakukan perkara-perkara seperti itu.Janganlah kerana kamu mengejar dunia sehingga melupakan akhirat.Bertaubatlah dan carilah rezeki yang halal untuk kebaikan di dunia mahupun diakhirat.

 

FIRMAN Allah SWT: Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya. (Surah Toha, ayat 82)

Comments